Saturday 23 November 2013

jangan

usah disoal bagaimana keadaanku
usah ditanya apa yang berlaku
kau tak perlu tahu
kerna sekarang aku-aku-kamu-kamu

kejar saja cinta sempurna kamu
aku mahu hidup dengan celaku
jangan diganggu aku
biar bertahun berabad berlalu
jangan cari aku

diam

aku pilih diam
tangis dibiar sepi
tawa dibiar senyap
bahagia dibiar sunyi
kecewa, derita, gembira, suka
aku biar bisu
kalau rasa itu sebenar benar rasa
dunia bakal tahu sendirinya

aku pilih diam

aku tanya

aku tanya
untuk apa--
dicerita segala bahagia kau rasa
hari2 kau papar pada sekalian manusia
"tengok semua
aku bahagia"

bahagia itu perlu dikongsisama
bukan ditayang tunjuk setiap masa
apa kau mahu sebenarnya?
mahu melihat manusia pujisanjung kehidupan kau?
mahu melihat manusia idampuja kehidupan kau?
mahu melihat manusia jeritronta mahu kehidupan seperti kau?

yah. mungkin dari sudut lain--
kau mahu beri inspirasi pada kalian manusia bahawa bahagia itu ada

tapi--
ada antara manusia rabak jiwa tengok kamu bahagia
bukan kecewa cemburu buta
cuma kerana terlalu puja-idam-ingin-mahu seperti kamu
dan bila tak peroleh apa yang dimahu
sesak dada rasa
seolah tiada keadilan pada Pencipta
kenapa kamu ya tidak aku pula

sayang--
biarlah berpada dalam setiap askara
manusia itu lain cara bahagianya
jangan tutup mata-telinga mereka
cuma dengan melihat bahagia kamu setiap masa

jadi--
aku tanya 
untuk apa?

Saturday 8 June 2013

ESOK

aku rasa esok
mungkin esok
betul esok
pasti esok

senyum
diam
nanges

aku rindu
hati kedu
lidah kelu

yakinkan aku
esok tamat penantianku
janji dengan aku
janji ya

:')

BEDAK

aku paling benci
benci bila dikata
kaya-banyak wang-kocek basah dengan duit
gara-gara aku guna benda kononnya berjenama
mahal
yang aku nak seratus patpuluhpat tahun dulu

nak ja aku jambankan semua ni
flush.

dari kecik aku diajar beli guna duit sendiri
even masuk market berjemaah dengan famili
bila sampai kaunter bayar sendiri

so, walau aku sengkek tahap mintak sedekah
kalau aku nak
aku usaha-simpan duit
pakai benda berjenama bukan lambang banyak duit
bukan maksud aku shopping pakai kad kredit

kalau kau terus merengek dengan nasib
jangan nak salahkan aku yang sengkek yang kau anggap banyak duit
dapat beli heli peribadi

oh ya
aku pakai bedak tabur
tak tahulah pulak bedak ni lagi mahal dari bedak kompak kau

Thursday 6 June 2013

tulis

saat
waktu
bilamana

mata tak dapat lihat
telinga tak dapat dengar
bibir tak dapat bicara

apa yang terbuku di hati
sampai basah bernanah
bengkak bak sarang lebah

aku mahu menulis
hulurkan pen dan kertas secebis
aku mahu menulis
biar aku tulis

Sunday 2 June 2013

jangan tanya

jangan tanya tentang sayang 
kalau sayang yang dulu tak pernah engkau hargai

jangan pernah disoal mana rindu 
kalau rindu yang dulu tak pernah dibalas

aku penat berjuang seorang diri
aku penat buat perkara sia sia
aku penat
aku mahu rehat
mungkin terus dipecat

Sunday 19 May 2013

BANGKIT

( Al-Baqarah: 214)
" apakah kalian mengira bahawa kalian akan masuk syurga,
 padahal belum datang kepada kalian (cubaan) sebagaimana halnya 
orang orang terdahulu sebelum kalian? mereka ditimpa
 oleh malapetaka dan kesengsaraan,
 serta digoncangkan ( dengan bermacam macam cubaan)
 Sehingga berkatalah Rasul dan orang orang beriman bersamanya,
 "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" 
ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"

sungguh pertolongan Allah itu dekat. jadi anak muda jangan kau fikir berlawan dengan nafsu itu sudah cukup besar ujiannya. ya. aku dulu seperti kamu. malah lagi teruk. tapi ingat, selagimana kita hidup selagi itu ada pengampunan dari Dia.

usah diceritakan siapa aku yang dulu. aib aku Allah tutupkan. jadi mengapa perlu aku bukakan? biar itu menjadi cerita antara aku dan Dia. siapa aku yang dulu. teruknya aku yang dulu. buruknya aku yang dulu biar jadi pengajaran.

tipu kalau aku katakan berubah itu mudah. melangkah itu gampang. dan istiqamah itu seperti masak megi guna air watercooler. TIPU! berkali kali aku gapai hidayah. tapi tangan aku tak kuat untuk terus berpaut. aku jatuh, kemudian aku bangun dan aku jatuh lagi. sampai aku rasa putus asa. aku rasa penat.

jadi, apalah sangat semua semua ini jika dibandingkan dengan ujian pada zaman para anbiya dahulu. okayh! sayang sayangku kalau kamu tahu betapa manisnya syurga itu. ujian ujian yang kamu hadapi sekarang hanyalah sisa makanan di celah celah gigi.

so, ayuh!! ayuh pemuda Islam mari bangun berjuang. kita tegak syiar Islam. janganlah takut janganlah bimbang. ingat, Syurga menjadi idaman

ingat, saya juga seperti kalian yang punya masa lampau. 
jadi
kamu punya saya dan kita punya Dia
ayuh bangun.
pegang erat tangan saya
^_^"

Saturday 18 May 2013

sahabat ku mohon

kalau ada yang tak kena khabarkan saja
kalau diri ini salah jangan kau beralah

sahabat
aku hanya manusia biasa
sering mengulang dosa dosa
sering membuat hati terluka

tapi aku mohon
khabarkan salahku
suarakan kebodohanku
jeritkan sakitmu
biar aku tahu
biar aku dengar
jangan terus kau membuat muka
jangan terus kau menghukum
jangan. jangan. jangan.

aku tak mampu menjaga hati kamu kamu
ya. aku punya ramai sahabat
tapi aku tahu,
saat aku bahagia dengan mereka 
ada yang terluka
ada yang berduka

maaf sahabat
aku lemah
aku tak sempurna
akhir pintaku
aku mahu berjumpa kamu di kampung Syurga
sampai ketemu lagi kita di sana

mana mau pergi

lama aku tenggelam
lemas dalam dunia
tergapai-gapai dalam diri sendiri

surah An-Nur aku hadap
setiap bait makna aku tatap
hati direntap
kuat.. sangat kuat!

akulah manusia itu
manusia yang asyik dengan maksiat
manusia yang tidak rasa apa apa melakukan dosa
manusia yang memandang enteng dosa dosa kecil

ya Allah
inginku pahat hati ini
biar melekat pada cinta Ilahi
tapi aku hanya manusia yang cintakan duniawi
makhluk yang sering lupa janji pada Ilahi

berkali kali hati ini dipanggil
aku dengar
aku pergi
tapi aku jatuh.. jatuh.. jatuh..

Allah..
kau peganglah hati ini
kau ambillah hati ini
jangan kau jatuhkan hati ini pada duniawi
aku mohon.. 

Wednesday 15 May 2013

perempuan itu.... aku

perempuan itu
pernah suatu ketika dulu
jatuh rebah tersungkur ke tanah
hampir saja air mata berdarah
apa yang dia lihat hanya hitam kelam suram
tak ada lagi cahaya bergemerlapan
lama dia terdiam
terasa lumpuh seluruh badan
dada bagai digerudi
dihancur lebur daging benama hati
soalan mula menerjah fikiran
diri sendiri disalahkan
"tapi mengapa manusia kejam?"
biar saja berhenti di sini
untuk apa hidup lagi
terasa bagai hidup selepas mati

tapi itu dulu
sekarang dia bangun
bukan untuk membalas dendam
tapi hidup perlu diteruskan
diperah segala kudrat dan keringat
hanya untuk bangkit berdepan realiti
ya. sekarang dia kuat

namun
kuat yang disangka hanya seketika
tatkala manusia kejam itu hadir semula
dia hampir rebah
air mata dicurah
biar segala sakit itu kebah

wahai manusia
kalau kau ingin meihat dia bahagia
bukan itu caranya
sedarlah.
dia sudah banyak menderita
dia mahu bahagia seperti mereka mereka
dia ingin bahagia
dia berhak untuk bahagia

Sunday 12 May 2013

mimpi? angan? impian? cita?

peritnya membesar
kalau aku tahu begini
mahu saja aku hidup dalam dunia kanak-kanak selamanya

anakku,
xkan aku besarkan kau dengan cerita-cerita dongeng
xkan ku marah walau setiap inci dinding kau conteng

aku hanya ingin tanam cerita para Anbiya
Puisi tentang bidadari syurga
Syair kehidupan para sahabat Nabi

aku tahu
itu yang boleh buat kau kuat
itulah contoh terhebat
biar kau dikata kolot tak kenal siapa Cinderella
tapi kau tak dianggap jahil kerana kau kenal siapa Muhammad!

hidupmu biar terhias dengan tawa ria senda gurau
air matamu biar aku yang alirkan
sakitmu biar aku yang rasakan

ingat,
walau dunia menindas
walau manusia mencantas
kau masih punya aku
dan kita masih punya DIA

*bila difikir masa depan, anak2 yang aku utamakan kerana siapa bakal si bapanya aku sendiri x pasti. itu kerja Ilahi. yang aku pasti dia adalah pencinta setia aku dia pemberi cinta konsisten. ini soal masa depan. terlalu jauh mungkin... heee.. =)

cinta

cinta aku pada bahasa
biar kasar nasihat atau ganas isinya
kalau diatur & dilenturkan dengan betul
sampai juga isinya,
dihadam juga baitnya
malah ditadah lagi telinganya

aku..

aku ini jenis manusia yang mahukan cinta konsisten
lapar dahaga perit pedih anak tekak tanpa kata-kata cinta

biar orang cakap aku gedik mengada-ngada
aku cuma aku.....
ah! peduli sama mereka
aku tetap aku.....

buku cinta itu aku tatap hari-hari
dibelek baitnya berkali-kali
kata-kata cinta itu sampai ke hati
suara cinta kepadaku dari Ilahi

keluarga saudara
mereka pencinta aku di dunia
tak perlu dilafaz diungkap cinta itu
ya! tak perlu!
dari tingkah laku aku sudah tahu

sahabat kawan teman
tak perlu dicari ketika air mata dipipi
mereka sendiri datang mencari
indah kan hidup macam ni?

buat bakal pencintaku yang seterusnya
kau perlu tahu
aku perempuan akhir zaman yang perlu dididik dengan cinta
aku boleh kenyang hanya dengan kata-kata cinta
tapi,
utamakan dulu cinta dari Pencipta
biar cinta kita hadir dengan iman dan agama
kerana aku mahu cinta kita sampai syurga

ya!
semua cinta-cinta ini biar sampai SYURGA!
<3
^_^

Monday 29 April 2013

aku makin jauh

perasaan bila orang yang bersama-sama merancang masa depan dengan kita 
adalah orang yang sama khianat kita.
sedang gah melangkah,
tiba2 kaki kau dicantas.

ooouuchhh!!
eerggghhhh!!
kau mengerang kesakitan.
sakit bukan?

3 tahun kau melangkah.
sekelip mata kau direbah.

ok. STOP!
ambil air sembahyang, hampar sejadah. NANGIS!!

sedar tak apa yang kau buat selama ni?
mana janji kau sebagai hamba?
mana cinta kau kepada pencipta?
apa kau fikir kau boleh bahagia dengan hanya cinta manusia?

haa.. dah sedih koyak rabak hancur lebur
baru kau sibuk-sibuk cari DIA
dasar manusia tak sedar diri.
ujian ini bukan sekadar menampar,
tapi MELEMPANG, MENERAJANG, MENYEPAK
agar kau terseret kembali kepada pencipta.

sampai bila kau nak lari
terus terbuai dan dibuai dengan kebohongan duniawi

Sunday 31 March 2013

penat @ bahagia ?

aku bosan dengan PENAT 
aku ingin BAHAGIA

setiap makhluk di muka bumi punya hak untuk bahagia.
namun dek kerna rakusnya tangan sang pengkhianat.
jalan bahagia itu nampak sukar.
sehingga rasa mustahil untuk digapai.

tangan mula penat melakar.
kaki mula lelah melangkah.
sendi2 mula terasa longgar.

ah! peduli sama pengkhianat itu.
lempar saja semua itu ke muka mereka.
andai itu yang mmbuatkan kita bahagia.
just go for it.

sampai bila mahu terus dipijak?
sampai bila mahu terus diherdik?
sampai bila mahu terus dimaki?
sampai bila mahu terus dicuri, direbut, dirobek, direnyuk bahagia itu oleh tangan-tangan besi pengkhianat?
sampai bila? sampai bila? sampai bila?

*org ke-3 dlm phubungn hanya sang kutu yang selalu memijak kepala & tak senang melihat kesenangan org lain.

Monday 25 March 2013

Aku Penat

aku dh penat
penat dengan kata kata madu
penat dengan tipu helah
penat dengan janji palsu
penat dengan cerita yang direka reka
penat dengan fakta yang di sangkal

ya!

aku mahu kuat seperti mereka mereka
biar pedih segala rongga menahan air mata di hadapan manusia
biar apa yang mereka nampak hanya senyum dusta
biar mereka percaya akulah si badang yang perkasa

tidak!

bukan aku menafikan perasaan
aku hanya ingin air mata ini menjadi muzik antara aku dan pencipta
aku lagi senang bercerita denganNya
Dia.
Maha Mengetahui Segalanya.