Monday 25 March 2013

Aku Penat

aku dh penat
penat dengan kata kata madu
penat dengan tipu helah
penat dengan janji palsu
penat dengan cerita yang direka reka
penat dengan fakta yang di sangkal

ya!

aku mahu kuat seperti mereka mereka
biar pedih segala rongga menahan air mata di hadapan manusia
biar apa yang mereka nampak hanya senyum dusta
biar mereka percaya akulah si badang yang perkasa

tidak!

bukan aku menafikan perasaan
aku hanya ingin air mata ini menjadi muzik antara aku dan pencipta
aku lagi senang bercerita denganNya
Dia.
Maha Mengetahui Segalanya.

5 comments:

  1. teruskan menari di papan kunci, moga tak tercabut papan papan kunci kau nti.

    ReplyDelete
  2. best la blog awak nie.. :D *ayat dalam istanbul aku datang..

    ReplyDelete
  3. wahhh...ayat pujangka awk sgt hebat...

    ReplyDelete
  4. update la lg.. :D *bace cm suara y dlm istanbul aku datang tu

    ReplyDelete